Custom Search

Dua Sijil Bagi Pelajar Mengambil Prinsip Akaun SPM?

Berita baik kepada para pelajar mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun SPM.

Berikut adalah petikan dari Berita Harian (26 Jun 2007)

SEPANG: Pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan berpeluang memperoleh sijil tambahan diiktiraf badan profesional tanpa perlu menduduki peperiksaan tambahan apabila program ‘dua pensijilan’ diperkenalkan mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sijil tambahan dikeluarkan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) itu akan memberi kelebihan kepada pelajar yang sudah memiliki kemahiran asas dalam bidang perakaunan, bersaing dalam pasaran pekerjaan.

“Program ‘dua pensijilan’ ini membolehkan pelajar lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan memilih untuk mendapatkan sijil tambahan daripada satu atau kedua-dua badan terbabit iaitu ACCA dan LCCI sekiranya mereka mencapai tahap gred SPM dan Bahasa Inggeris yang ditetapkan tanpa menduduki peperiksaan tambahan.

Teruskan>>>>>