Custom Search

Bab 6: Pembubaran Perkongsian



Sebab-sebah perkongsian dibubarkan



1) Matlamat perkongsian penubuhahn telah dicapai.

2) Salah seorang pekongsi meninggal dunia, hilang upaya atau muflis

3) Kerana semua rakan kongsi bersetuju untuk membubarkan perkongsian mereka.

4) Perkongsian yang mengalami kerugian yang beterusan.

5) Perkongsian dijadikan syarikat berhad, iaitu sama ada syarikat sendirian berhad atau awam berhad.

6) Mengikut perintahan daripada mahkamah untuk membubarkan perkongsian.



Langkah-langkah untuk merekodkan pembubaran jika semua aset dijual dan liabiliti dijelaskan



a) Tutupkan semua akaun aset (kecuali tunai/bank) contohnya, penghutang, stok, bangunan, kenderaan dan sebagainya:



Dt Akaun Realisasi

Kt Setiap akaun aset yang berkenaan



b) Rekodkan penerimaan tunai daripada penjualan aset:



Dt Akaun Tunai/Bank

Kt Akaun Realisasi



c) Jika aset diambil alih oleh pekongsi



Dt Akaun Modal Pekongsi

Kt Akaun Realisasi



d) Rekodkan penerimaan tunai daripada penghutang:



Dt Akaun Tunai/Bank

Kt Akaun Realisasi



(abaikan hutang lapuk atau diskaun diberi)



e) Rekodkan belanja realisasi:



Dt Akaun Realisasi

Kt Tunai/Bank



f) Rekodkan pembayaran kepada pemiutang:



Dt Akaun Pemiutang (dengan amaun yang dibayar)

Kt Akaun Tunai/Bank (dengan amaun yang dibayar)



g) Jika liabiliti diambil oleh pekongsi



Dt Akaun Pemiutang atau Pinjaman

Kt Akaun Modal Pekongsi



h) Rekodkan diskaun diterima daripada pemiutang:



Dt Akaun Pemiutang

Kt Akaun Realisasi (sebagai suatu untung)



i) Rekodkan liabiliti tambahan yang dijumpai semasa realisasi dan dibayar:



Dt Akaun Realisasi

Kt Akaun Tunai/Bank



j) Kirakan untung atau rugi realisasi:



Jika jumlah sebelah debit Akaun Realisasi melebihi jumlah sebelah kredit, ini merupakan rugi realisasi. Rugi itu dibahagikan antara pekongsi mengikut nisbah pembahagian untung rugi yang ditetapkan dalam penjanjian perkongsian.



Dt Akaun Modal Pekongsi

Kt Akaun Realisasi



Jika jumlah sebelah kredit Akaun Realisasi melebihi jumlah sebelah debit, ini merupakan untung realisasi. Untung itu dibahagikan antara pekongsi mengikut nisbah pembahagian untung rugi yang ditetapkan dalam penjanjian perkongsian.



Dt Akaun Realisasi

Kt Akaun Modal Pekongsi



k) Pembayaran balik modal kepada pekongsi:



Dt Akaun Modal Pekongsi

Kt Akaun Tunai/Bank



l) Kemasukan tunai oleh pekongsi:



Jika Akaun Modal pekongsi mempunyai baki debit,



Dt Akaun Tunai/Bank

Kt Akaun Modal Pekongsi



Panduan menjawab soalan

a) Pastikan tarikh, butir dan amaun adalah betul dan mengikut apa yang ada dalam soalan.

b) Catatan butir di dalam sesuatu akaun lejar mesti merujuk kepada akaun lejar yang lain di mana terdapat pasangan catatan bergu berkenaan.

c) Akhirnya, semua akaun lejar mesti seimbang dan ditutup.



Disedia oleh:

www.prinsipakaunspm.blogspot.com

2 ulasan:

hananie berkata...

bagi la contoh , kalau ayat je , bukan sumer org phm

Unknown berkata...

Macamana kalau dia bgi kadar byrn dijumpai bkn belanja kadar bayaran di jumpai? Habis kadar bayaran tu nak letak kat akaun mana ehh? Ke sama?

Catat Ulasan